Thursday, April 15, 2010

Pada 10 April 2010 (Sabtu) yang lalu, Badan PRS SM La Salle telah melaksanakan aktiviti mengutip derma untuk mengumpul dana bagi membaiki kemudahan infrastruktur sekolah. Aktiviti yang dijalankan selama 6 jam itu bermula di Gaya Street, Segama, KK Plaza dan Wisma Merdeka. Kutipan derma yang berjaya dikutip dianggarkan sebanyak RM400. Aktiviti ini merupakan pengalaman baru buat ahli-ahli PRS. Namun, mereka berjaya melakukan kutipan meskipun pada kebanyakan masa ditolak dan dihalau. Aktiviti ini adalah sebagai gambaran sebenar keadaan dunia di luar sana di samping memperlihatkan asas komunikasi ahli-ahli PRS. Secara keseluruhan, aktiviti ini berjaya menyedarkan ahli-ahli PRS akan pentingnya komunikasi berkesan untuk menarik perhatian orang ramai, dan menerima segala kritikan dan penolakan.











Terima kasih atas sumbangan anda semua! Semoga Tuhan memberkati!.. :D

0 comments:

Post a Comment