Thursday, April 15, 2010

Pada 10 April 2010 (Sabtu) yang lalu, Badan PRS SM La Salle telah melaksanakan aktiviti mengutip derma untuk mengumpul dana bagi membaiki kemudahan infrastruktur sekolah. Aktiviti yang dijalankan selama 6 jam itu bermula di Gaya Street, Segama, KK Plaza dan Wisma Merdeka. Kutipan derma yang berjaya dikutip dianggarkan sebanyak RM400. Aktiviti ini merupakan pengalaman baru buat ahli-ahli PRS. Namun, mereka berjaya melakukan kutipan meskipun pada kebanyakan masa ditolak dan dihalau. Aktiviti ini adalah sebagai gambaran sebenar keadaan dunia di luar sana di samping memperlihatkan asas komunikasi ahli-ahli PRS. Secara keseluruhan, aktiviti ini berjaya menyedarkan ahli-ahli PRS akan pentingnya komunikasi berkesan untuk menarik perhatian orang ramai, dan menerima segala kritikan dan penolakan.











Terima kasih atas sumbangan anda semua! Semoga Tuhan memberkati!.. :D

Thursday, April 8, 2010

Kem Latihan Asas PRS 2010 Siri 1

Kem Latihan Asas PRS 2010 Siri 1 ini diadakan pada 19 dan 20 Mac 2010 bertempat di SRK Sacred Heart, Kota Kinabalu. Aktiviti ini dianjurkan oleh Badan PRS SM La Salle KK dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SRK Sacred Heart, Kota Kinabalu. Kem ini merupakan aktiviti PRS yang pertama untuk tahun 2010. Ia disertai oleh seramai 60 orang peserta dari SM La Salle KK dan SRK Sacred Heart KK. Pelbagai slot ceramah dan aktiviti permainan dijalankan sepanjang kem ini. Secara keseluruhan, peserta kem mendapat manfaat daripada kem tersebut.

Aktiviti 'Break Walls' untuk suai-kenal antara peserta..




Antara slot ceramah semasa kem ~
Slot 'Mengenali PRS' yang diberikan oleh Jurulatih Muda PRS, Bosco Martin..




Gelagat para peserta semasa aktiviti permainan 'All Aboard!'..



Sesi Malam Cahaya dan Refleksi Diri..



Aktiviti BBQ
"Eh wah, pandainya ahli PRS kita memanggang nie.. hehe.."


Gelagat para peserta semasa menjalankan
aktiviti 'OCNS - Operation Clean N Shine'



Upacara Perasmian Penutupan Kem oleh
Guru Besar Cemerlang SRK Sacred Heart, Encik Simon Lim..



Wednesday, April 7, 2010

Lawatan Sambil Belajar ke Kota Kinabalu Wetland Centre (KKWC), Likas.

Lawatan ini diadakan pada tahun 2008 yang bertujuan untuk mendedahkan ahli PRS mengenai pentingnya menjaga dan memelihara alam sekitar. Rombongan yang disertai oleh ahli Kelab Pencinta Alam dan PRS ini berpeluang untuk melihat dan mengenali pelbagai jenis tumbuhan paya bakau dan spesies burung yang berhijrah ke negeri ini. Berikut adalah sedikit coretan memori yang dapat kami berikan..










Program 'Reach Out' di Calvary Old Folks' Home, Tanjung Aru.

Program ini diadakan pada tahun 2007. Program ini disertai oleh Badan Parlimen dan Badan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SM La Salle. Aktiviti ini merupakan aktiviti pertama yang dijalankan selepas Badan PRS SM La Salle diaktifkan semula. Rombongan ini membantu pihak pengurusan rumah kebajikan warga emas ini untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah yang kelihatan tidak teratur dan kurang bersih. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti program tersebut...